Wednesday 27 April 2016

TimeWise® Miracle Set

TimeWise Miracle set ini adalah produk penjagaan kulit yang membekalkan faedah antipenuaan tercanggih yang anda perlukan untuk menjadikan kulit kita kelihatan lebih muda. Mary Kay membawakan semua faedah ini dalam satu set lengkap yang disokong oleh data klinikal untuk membekalkan hasil menakjubkan yang anda boleh saksikan sendiri. Setiap set ini mengandungi 4 item iaitu;
  •  TimeWise® 3-in-1 Cleanser
  • TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35
  • TimeWise® Night Solution
  • TimeWise® Age-Fighting Moisturizer.   



              TimeWise® Miracle Set ini didatangkan dalam dua set berbeza tau, bergantung dengan jenis kulit kita sama ada Normal/Kering dan Kombinasi/Berminyak. Apa yang membezakan kedua-dua set ini adalah formulasi TimeWise® 3-in-1 Cleanser dan TimeWise® Age-Fighting Moisturizer. 

             Dirumus khas untuk kulit normal ataupun kering, pembersih ini didatangkan dalam tekstur krim dengan biji-biji yang sangat halus. Pembersih 3 dalam 1 ini berfungsi untuk membersih, mengelupas dan menyegar dalam satu langkah mudah. 

             Manakala, pembersih TimeWise® 3-in-1 Cleanser untuk kulit kombinasi atau berminyak pula dirumus dalam bentuk gel, berwarna jernih dan mengandungi biji-biji yang sangat halus. Berfungsi untuk membersih, mengelupas dan menyegar, pembersih wajah ini turut diformulasi untuk mengawal minyak pada wajah.
 
TimeWise® 3-in-1 Cleanser

                 Langkah seterusnya adalah TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35. Digunakan pada siang hari, ia bertindak untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB dengan SPF 35 bagi mencegah kerosakkan yang berpunca daripada cahaya matahari seperti garisan halus dan tona kulit yang tidak sekata. Ia mengandungi formulasi yang ringan dan tidak melekit. Peptide antara kandungan yang membantu menyamarkan garisan ekspresi pada kulit wajah.

TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35
             Pada malam hari pula, setelah membersihkan wajah, TimeWise® Night Solution akan digunakan. Apa yang menarik mengenai TimeWise® Night Solution ini adalah ia dirumus dalam encapsulated vitamin dan antioksidan yang digabung dengan peptide perangsang kolagen yang dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis halus. Ia juga mengandungi kapsul mikro Nutribeads yang padat dengan vitamin yang secara tidak langsung dapat membaik pulih kulit dan menjadikan kita lebih segar semasa tidur. 

TimeWise® Night Solution    
          
              Langkah terakhir adalah TimeWise® Age-Fighting Moisturizer. Seperti dinyatakan sebelum ini, pelembap ini didatangkan dua jenis iaitu Normal/Kering dan Kombinasi/Berminyak. Formulasi Normal/Kering bertindak membekalkan lembapan agar kulit sentiasa lembap, lembut dan gebu. Formulasi Kombinasi/Berminyak lebih berfungsi untuk menyerap dan mengawal minyak sambil melembap untuk kulit tampil matte.   
 
 
TimeWise® Age-Fighting Moisturizer.  

 Secara ringkasnya mengenai TimeWise® Miracle Set ni boleh la rujuk pada gambar di bawah ni ye gojes-gojes sekalian yer ;) ;)


  Berminat nak cuba? Boleh booking Skin care Class sama saya. Contact saja via Whatsapp/SMS/Call 010-953 2541 ...



Love,
Dynastyh Binti Aksah
Ind. Beauty Consultant Mary Kay


 

No comments:

Post a Comment