Wednesday 27 April 2016

TimeWise® Miracle Set

TimeWise Miracle set ini adalah produk penjagaan kulit yang membekalkan faedah antipenuaan tercanggih yang anda perlukan untuk menjadikan kulit kita kelihatan lebih muda. Mary Kay membawakan semua faedah ini dalam satu set lengkap yang disokong oleh data klinikal untuk membekalkan hasil menakjubkan yang anda boleh saksikan sendiri. Setiap set ini mengandungi 4 item iaitu;
  •  TimeWise® 3-in-1 Cleanser
  • TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35
  • TimeWise® Night Solution
  • TimeWise® Age-Fighting Moisturizer.   



              TimeWise® Miracle Set ini didatangkan dalam dua set berbeza tau, bergantung dengan jenis kulit kita sama ada Normal/Kering dan Kombinasi/Berminyak. Apa yang membezakan kedua-dua set ini adalah formulasi TimeWise® 3-in-1 Cleanser dan TimeWise® Age-Fighting Moisturizer. 

             Dirumus khas untuk kulit normal ataupun kering, pembersih ini didatangkan dalam tekstur krim dengan biji-biji yang sangat halus. Pembersih 3 dalam 1 ini berfungsi untuk membersih, mengelupas dan menyegar dalam satu langkah mudah. 

             Manakala, pembersih TimeWise® 3-in-1 Cleanser untuk kulit kombinasi atau berminyak pula dirumus dalam bentuk gel, berwarna jernih dan mengandungi biji-biji yang sangat halus. Berfungsi untuk membersih, mengelupas dan menyegar, pembersih wajah ini turut diformulasi untuk mengawal minyak pada wajah.
 
TimeWise® 3-in-1 Cleanser

                 Langkah seterusnya adalah TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35. Digunakan pada siang hari, ia bertindak untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB dengan SPF 35 bagi mencegah kerosakkan yang berpunca daripada cahaya matahari seperti garisan halus dan tona kulit yang tidak sekata. Ia mengandungi formulasi yang ringan dan tidak melekit. Peptide antara kandungan yang membantu menyamarkan garisan ekspresi pada kulit wajah.

TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35
             Pada malam hari pula, setelah membersihkan wajah, TimeWise® Night Solution akan digunakan. Apa yang menarik mengenai TimeWise® Night Solution ini adalah ia dirumus dalam encapsulated vitamin dan antioksidan yang digabung dengan peptide perangsang kolagen yang dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis halus. Ia juga mengandungi kapsul mikro Nutribeads yang padat dengan vitamin yang secara tidak langsung dapat membaik pulih kulit dan menjadikan kita lebih segar semasa tidur. 

TimeWise® Night Solution    
          
              Langkah terakhir adalah TimeWise® Age-Fighting Moisturizer. Seperti dinyatakan sebelum ini, pelembap ini didatangkan dua jenis iaitu Normal/Kering dan Kombinasi/Berminyak. Formulasi Normal/Kering bertindak membekalkan lembapan agar kulit sentiasa lembap, lembut dan gebu. Formulasi Kombinasi/Berminyak lebih berfungsi untuk menyerap dan mengawal minyak sambil melembap untuk kulit tampil matte.   
 
 
TimeWise® Age-Fighting Moisturizer.  

 Secara ringkasnya mengenai TimeWise® Miracle Set ni boleh la rujuk pada gambar di bawah ni ye gojes-gojes sekalian yer ;) ;)


  Berminat nak cuba? Boleh booking Skin care Class sama saya. Contact saja via Whatsapp/SMS/Call 010-953 2541 ...



Love,
Dynastyh Binti Aksah
Ind. Beauty Consultant Mary Kay


 

Friday 22 April 2016

Starting my JOURNEY as Beauty Consultant :)


Hai semua :) :) .. kali ni saya nak kongsikan permulaan saya. November 2015 saya join Mary Kay sebagai perunding kecantikan sebab saya cemburu dengan kawan yang telah memiliki kulit yang sihat dan cantik selepas menggunakan produk MK ni. 

Sebelum join ni saya ada ikut beberapa kali kelas skincare dengan recruiter saya :) . Dari kelas tu lah saya rasa tertarik dengan MK, sapa yang tidak mo cantikkan?? saya percaya kamu semua pun mesti mau kulit yang sihat, bersih, anjal, cerah dan banyak lagi lah..hihihi.. Lepas kelas tu lah ada sedikit perkongsian dari recruiter saya merangkap officemate saya juga tentang kelebihan-kelebihan dalam dunia Mary kay ni.

Selepas buat keputusan mau jadi Beauty Consultant (BC) dengan hanya RM200 saya pun mendaftarlah dan tidak lama menunggu saya terus dapat Login ID saya sendiri untuk akses ke marykayintouch. Owh ya, kalau dah jadi BC kan kamu akan ada ID sendiri tau utk login so, boleh uruskan sendiri pembelian barang. 

Masuk jak saya dalam marykayintouch tu bingung sebab first time kan,haahaha..anduu bah kesian.  banyak lagi yang perlu di kaji, tapi atas guide dari recruiter saya sekejap sak dah boleh faham sedikit demi sedikit cam mana mau guna.. hahahah.. terus kak Sylvia (Recruiter) cakap bagus terus daftar untuk kursus ESRS sebab lagi banyak knowledge yang kita boleh dapat selepas attend kursus tersebut. Kursus ni yuran daftar hanya RM50 tapi saya tia mau cerita pasal kursus ni dulu lain kali kita story pasal esrs ya guyss ;) ..

Dalam masa 3 hari saya tunggu Starter Kit saya pun sampai. Terujanya saya selepas buka kotak tu.. kamu mau tau apa yang saya dapat?? kamu pun pasti akan suka woo macam saya.. hihih



Buka jak kotak ni la yang saya tengok dulu :p


Dalam kotak tu kita akan dapat dua beg ni. cantikkan??Beg ni limited edition tau, di Mary kay sahaja boleh dapat tiada di pasaran.. hihihi


Inilah antara barang- barang yang saya dapat. Owh ya saya terlupa kasitaw kamurang saya ambik TimeWise punya starter kit. Actually, boleh pilih mau TimeWise atau Botanical Effects :)


Inilah keseluruhan barang yang saya dapat yang jumlahnya hampir mencecah RM700.. Bestkan :) .. 



Mesti kamu pun teruja tu kan tengok isi dalam beg tu macam saya ;) .. hihihi .. kalau teruja marila join Marykay juga seperti saya.. hehehe .. 

kalau ada mau tanya ka mau join ka ataupun mau try produk mary kay jangan malu jangan segan hubungi sahaja saya okehh ;). saya sedia membantu.



Salam Perkenalan daripada saya ;),

IBC Dynastyh Aksah
 
010-9532541 (sms/call/whatsApp)

Thursday 21 April 2016



MARY KAY ??? 
 
 
Apa itu mary kay??
 
 
 Assalammualaikum semua beauty lady !!!
 
mungkin anda pernah dengar dan mungkin ada juga yang tidak pernah dengar langsung kan? hihi. Jadi,izinkan saya untuk berkongsi dengan anda serba sedikit tentang apa itu MARY KAY. Sebelum tu, mari saya perkenalkan seorang wanita yang sangat HEBAT.



Inilah MARY KAY ASH (PENGASAS) MaryKay. Anggun kan wanita ini ? :)
Asal usul nama Mary Kay diambil sempena nama pengasasnya. Apa yang saya suka tentang wanita hebat ini adalah kata-kata semangatnya yang sentiasa memberikan motivasi kepada saya untuk terus maju kehadapan tanpa berputus asa walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan dia. Dari quotes dia sajapun saya sudah bersemangat..
 Selain itu, kenapa saya masuk ke bidang ini walaupun pada awalnya saya memang tidak berminat dengan produk kecantikan ini di sebabkan Misi mary kay itu sendiri iaitu "Enriching Women's Life". Saya ingin memperkayakan kehidupan saya, heheh :)
Macam mana MARY KAY ini membantu saya dalam memperkayakan kehidupan saya akan saya kongsikan kemudian. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dengan anda semua, kita story slow2 okeh ;) hihihi.
 
 
 
Thank you Mary Kay Ash ...





Sincerely,
 
Dynastyh Aksah 
 
Independent Beauty Consultant